Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

CAKAP BAIK-BAIK

BILA tahu ada kenalan yang sakit, jangan diulang banyak kali kepadnya bahawa sakit itu penghapus dosa. Sebenarnya ayat itu adalah peringatan untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.  Orang yang sedang sakit, emosinya tidak stabil. Berikan kata-kata yang menyenangkan hatinya. Katakan sakit itu UJIAN ALLAH. Itu tandanya Allah sayang dia dan doakan agar dia cepat sembuh.  Begitu juga keadaannya bila dapat tahu ada kenalan ditimpa bencana. Jangan cakap itu semua kifarah di atas dosa silamnya. Katakan semua tu ujian Allah, pasti ada HIKMAH disebaliknya.  Bila jumpa pasangan yang sudah lama berkahwin tapi tidak punya zuriat, jangan tanya bila nak dapat anak Tapi katakan ALLAH hendak beri yang terbaik pada mereka.  Bila nampak orang yang dibenci ditimpa kesusahan,jangan kata padan muka sebab dulu buat aku, sebab mungkin dia sudah lama sedar akan kesilapannya.  Jika nampak orang berlaku kejam, jangan kata, "Tunggulah karma, apa kau buat hari ni, a...

BAHAYA DAGING TIDAK BERTULANG

DALAM Islam tidak ada sesuatu yang dianggap ...°°Alah, ucapan biasa saja!°°. Bukankah dengan ucapan: ~ Pernikahan menjadi sah? ~ Yang halal menjadi haram? ~ Suami - isteri menjadi berpisah? ~ seseorang boleh jatuh ke dalam Neraka? ~ seseorang bisa masuk ke Syurga? ~ seseorang menjadi Muslim? ~ seseorang menjadi murtad atau terkeluar dari Islam? ~ solat seseorang menjadi batal kerana cakap? Abu Hurairah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘Terdapat  dua orang dari kalangan Bani Israel yang bersaudara. Salah seorang daripadanya sentiasa melakukan dosa dan seorang lagi seorang yang tekun beribadat. Pada satu hari pelaku ibadat mendapati saudaranya melakukan dosa maka dia berkata kepadanya: BERHENTILAH! Maka pelaku dosa menjawab: BIARKAN AKU DAN DEMI TUHANKU, adakah engkau diutuskan untuk memerhatikan aku? Maka kata pelaku ibadat: DEMI ALLAH, ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN UNTUKMU ATAU ALLAH TIDAK AKAN MEMASUKKANMU KE SYURGA. Kemudian roh kedua-dua...

KEHIDUPAN UMPAMA SIFIR 7

KEHIDUPAN dan umur manusia umpama SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan. 7 x 1=7 Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bermain itu perkara sangat penting.  Pagi petang siang malam hanya mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala, belum fikir tentang masa depan. 7 x 2=14 Ketika umur di usia belasan tahun, kita rasa kebebasan itu lebih penting. Kita ingin menyuarakan pendapat sendiri, ingin suara didengari, banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita jadi degil dan tidak mahu mendengar kata. 7 x 3=21 Beranjak usia 20-an, kita rasa pendidikan dan kerjaya pula penting. Kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Melihat kawan-kawan mendapat kerja yang baik kita rasa cemburu. Terasa rugi bila kita sia-siakan hidup kita sebelum ini. 7 x 4=28 Meningkat kepada lewat 20an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.  7 x 5=35 Ini...

MEMBERI KEMAAFAN

MEMAAFKAN orang itu sangat mulia di sisi Allah. Bila kita memaafkan orang, hati kita jadi  tenang dan tubuh terasa ringan, rezeki datang melimpah ruah, tidak terbayang dalam fikiran. Memberi kemaafan dapat melapangkan hati kita biarpun bukan kita yang bersalah. Tetaplah kita yang lebih awal memohon maaf kepada orang lain. Ia memudahkan urusan kehidupan kita selepas itu. Semua pintu yang tertutup bagaikan terus dibuka oleh ALLAH. Sungguh luar biasa kesannya. Apabila kita memaafkan orang, maka ALLAH pula akan mudah mengampuni kita. Pasti kita juga ada silap dan dosa sebab kita hamba biasa. Maka apakah yang paling besar yang kita harapkan dari ALLAH? Tentunya pengampunan dari ALLAH atas segala kesilapan, kekurangan dan dosa-dosa yang lalu. Moga kita mendapat keredhaan-NYA.  ALLAH mengasihi hamba di atas kebaikan akhlak dan kemuliaan diri. Hamba yang berjiwa besar akan merendahkan egonya. Sentiasa semat di hati yang kita hanya hamba. Hidup pun sebentar cuma....

KETIKA ALAM BERTASBIH

ALAM ini sentiasa bertasbih memuji kebesaran dan keagungan ALLAH mengikut fitrah masing-masing. Menurut Sayyid Qutb, denyut jantung dapat merasakan bahawa setiap batu kerikil, biji benih, kuntum bunga, seluruh isi alam dan juga langit bertasbih dan menghadapkan wajah masing-masing kepada ALLAH… mengingati ALLAH ketika manusia lupa dan tenggelam di dalam kealpaannya. Agensi berita TARIQ pernah melaporkan, sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendapati sesetengah tumbuhan tropika mengeluarkan gelombang ultrasonik.   Gelombang ini berjaya dirakamkan menerusi getaran. Selama tiga tahun penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menterjemahkan gelombang ultrasonik dan getaran itu sehingga ia bertukar menjadi gelombang elektrik yang boleh dilihat. Gelombang cahaya elektrik tersebut sentiasa aktif dan berulang-ulang 100 kali setiap saat. Seorang saintis Islam dari India yang turut serta dalam penyelidikan tersebut mengaitkan fenomena itu dengan sepotong ayat al Quran dari Su...

PAKSA DIRI TERIMA PERUBAHAN

NAMANYA Phil Hansen.  Dia seorang pelukis yang sungguh berbakat, berjaya membina kerjaya cemerlang.  Tidak lama kemudian, dia mula mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan  tangannya bergetar, tidak stabil. Sebagai pelukis, tentu ini mengecewakan hatinya. Lukisannya tidak menjadi sempurna seperti selalu.  Berkali-kali dia berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat, ataupun nasihat.  Masalahnya, tiada ubat. ... Tetapi, ada nasihat. Kata doktor,  "You should embrace the change!"/ "Anda perlu terima perubahan itu!" Hansen berfikir. Dia tahu apa yang perlu dilakukan...   Ini adalah hasil lukisannya. Oleh kerana tangannya bergetar, dia tidak boleh melukis garisan. Dia redha dan menerima perubahan yang berlaku pada dirinya. Kini, lukisannya tidak lagi mempunyai garisan. Lukisannya hanya menggunakan titik-titik.  Hanya titik-titik sahaja! Mengikut pergerakan tangannya. Dan boleh dilihat betapa hasi...

SUAMI MITHALI

TEMURAMAH ini walaupun ringkas ia memberikan peringatan berdasarkan teladan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin sebuah keluarga. Terima kasih kepada penulis yang menemu ramah dan menggarapnya dengan baik dan bahasa yang mudah (difahami). Luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.... “Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,”  itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya. Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka deng...

BERJEMAAH DAN ISTIQAMAH

WALAU dipijak berulang kali, RUMPUT masih mampu bertahan.  Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina.  Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah.  Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal.  Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut.  Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian.  Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain.  Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten.  Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi.  Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah. Ambil iktibar daripada rumput.  Kita  boleh tegas, tapi jangan berkeras.  Dengan hidup berjemaah dan bersikap istiqamah, banyak kebaikan yang dapat dibuat.  Musuh pun tidak dapat menggugat. KEBERSAMAAN DALAM JEMAAH Kenapa HUJAN itu menyenangka...