ALLAH tidak menjadikan manusia hidup bersendirian. Disebabkan kepakaran individu terbatas, secara fitrahnya manusia perlu berada dalam kumpulan untuk membolehkan mereka hidup secara sempurna. Itu menjadikan manusia sebagai makhluk berpolitik, bermasyarakat dan bernegara. Dalam interaksi sosial kehidupan bermasyarakat, konflik sentiasa berlaku akibat perbezaan kepercayaan, ideologi, fahaman, adat istiadat, kepentingan diri atau kaum dan sebagainya. Hakikatnya, manusia mempunyai potensi yang besar untuk berkonflik hingga membawa kepada perpecahan, malah pertumpahan darah. Perkara begini harus dielakkan bagi menjaga keharmonian. Fuqaha mazhab terdahulu terdiri daripada Imam Abu Hanifah, Maliki, Syafie dan Ahmad Ibn Hambal saling menghormati antara mereka. Tiada sebarang kajian menunjukkan mereka saling bertelagah. Tetapi perbezaan pandangan yang berlaku di kalangan mereka lebih bersifat ilmiah. Ini kerana semua mereka memiliki keperibadian yang mulia di samping memiliki adab-a...
ILMU DUNIA AKHIRAT