Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

MENDAKWAH HATI

PENAT melangkah gagah. Terkadang jatuh rebah termengah. Saat itu, laju mata kita menilai pantas. Siapakah insan yang bersama dengan kita saat kita susah? Siapakah insan yang menemani kita saat kita penat melangkah? Kenalilah mereka. Jangan kita lupa. Mereka, berharga ! Alangkah sombongnya kita kepada ALLAH! Mengharap pertolongan tetapi enggan meminta kepada-NYA. Meminta kebaikan tetapi enggan mendekati-NYA. Menginginkan nikmat tetapi enggan bersyukur kepada-NYA. Moga ALLAH sudi pandang dan ampunkan kelemahan kita Aamiin ♥️ TAMPIL BERKARISMA DALAM KERJAYA Kuasai dua gabungan personaliti agar diri tampil berkarisma dan tinggi kredibiliti diri ketika bekerja. Secara umumnya , seseorang berkarisma dan berkepimpinan akan mempunyai dua gabungan personaliti. Ia adalah sifat MESRA yakni dirinya disenangi ramai dan memiliki AUTORITI yakni menjadikan dirinya diyakini untuk memimpin dengan baik. Jika seseorang hamba menjiwai hal-hal akhirat , maka hatinya akan hidup dan jiwanya akan segar , sebal...

DARJAT ISTERI

TIDAK perlu berlumba-lumba menjadi wanita tercantik tapi berlumbalah menjadi wanita yang baik. Siapakah wanita tercantik? Sudah pastilah Fatimah puteri kesayangan Rasulullah.  Tapi kenapa kecantikan pemimpin wanita syurga itu (Fatimah Az-Zahra) tidak banyak dibicarakan? Kerana kecantikan bukan untuk diutamakan sebaliknya kebaikanlah yang patut diperlumbakan. Bidadari syurga tidak cemburu kepada kecantikan tapi sangat cemburu kepada kebaikan. Fatimah Az-Zahra teramat cantik tapi tidak ingin dirinya dianggap fantastik. Dia diangkat menjadi pemimpin wanita syurga kerana sifatnya yang amat baik. Sedarlah bahawa syarat masuk syurga bukan pada kecantikan tapi pada kebaikan. 1) Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakala...

EGO vs BAIK

ORANG ego suka marah Orang yang baik suka sabar Orang ego suka bersaing Orang baik suka bekerjasama Orang ego suka berkata yang dirinya selalu betul Orang yang baik tak kisah apa yang dia kata betul atau tidak, yang penting silaturrahim Orang ego kedekut Orang yang baik bermurah rezeki/pemurah Orang ego mengharap manusia Orang yang baik mengharap Tuhannya. Orang ego suka meninggi diri, menunjuk-nunjuk. Orang yang baik suka merendah diri.  Orang ego akan rugi Orang yang baik akan berjaya....Insya ALLAH  Hati yang keras sangat susah untuk menerima kenyataan apa lagi untuk menerima nasihat. Mudah marah dan sering ingin berdebat meskipun berada di tempat yang salah. Hati dan telinganya mudah menerima bisikan syaitan. Bagaimana cara melembutkan hati yang keras? Telah diriwayatkan bahawa seorang lelaki mengeluh kepada Rasulullah Saw tentang kekerasan hatinya. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jika ingin melembutkan hati yang keras berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak...

KONSEP REZEKI

KONSEP Rezeki Pertama Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ini. Konsep Rezeki Kedua Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita sudah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjam duit itu kepada orang lain. Atau,  mensedekahkan bahagian rezeki kita kepada orang lain. Ramai orang yang tidak nampak rezeki bahagian ni, sedangkan ini adalah rezeki juga. Selalunya bila tiba rezeki ini, kita merungut dan menyalahkan takdir dan segala-galanya.   Sebenarnya, Tujuan ALLAH aturkan rezeki begini untuk kita Menyucikan harta kita, mengampunkan dosa kita. MEMberi kita nikmat yang lebih banyak, tapi kita mesti diuji terlebih dahulu. Konsep Rezeki Ketiga Rezeki yang kita tidak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah. Banyak rezeki bahagian ini yang kita selalu lupa dan selalu tidak nampak. Contohnya, tiba-tiba ada orang belanja m...

KEMENANGAN

"KITA akan menang! Jangan gentar," kata panglima perang kepada anggota tenteranya. "Macam mana nak menang? Musuh ramai, senjata mereka canggih," kata seorang pemimpin bawahan. "Betul. Tapi kita ada kekuatan rahsia. Sebab tulah kita akan menang." "Kekuatan rahsia yang macam mana?" "Dalam perjalanan ke medan perang nanti kita akan singgah di sebuah masjid. Imam masjid tu terkenal dengan kesolehannya. Dia akan memberi kekuatan rahsia tu pada tentera kita." Sesampai di masjid berkenaan, mereka menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat hajat. Kemudian panglima besar memerintahkan ketua-ketua tenteranya ke hadapan mihrab untuk bertemu imam yang dimaksudkan, seorang demi seorang. "Saya akan berikan kamu segulung kain yang kecil. Lekatkan kain ni pada panji-panji pasukan kamu. InsyaAllah, Allah akan berikan bantuan-Nya," kata imam yang berwajah bersih dan tenang itu. Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan te...

KEBAIKAN LILLAHI TAALA

KITA semua mampu berbuat baik dan menyebarkan kebaikan. Kita boleh mulakan dengan pancaindera yang ALLAH telah kurniakan kepada kita. Gunakannya untuk: -  bersedekah dan berinfaq -  membantu muslimin dalam keperluan mereka -  menulis ilmu bermanfaat -  mencari rezeki yang halal -  melangkah ke tempat kebajikan -  menggembirakan hati orang lain -  berjalan ke masjid untuk ibadah dan ke majlis-majlis ilmu -  menziarah orang sakit -  menghantar jenazah ke kubur -  berjihad menegakkan agama -  bersilaturrahim dan berukhwah ALLAH tidak akan tanya kenapa kita tidak seperti Si Polan itu atau Si Polan ini, tetapi ALLAH pasti akan bertanya kepada kita KENAPA TIDAK GUNAKAN SETIAP KELEBIHAN DAN KEMAMPUAN YANG DIKURNIAKAN UNTUK BERAMAL KEPADA-NYA. Hamba-hamba yang menyayangi ALLAH sentiasa menyucikan diri dengan berinfak. Infak besar atau infak kecil mempunyai kesan hebat yang sama bila ia terbit dari rasa tulus dan ikhlas. Pegangan hidup merek...

ALLAH ADA JANGAN TAKUT

SIAPA nak jaga kita bila kita dah tua? Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti. Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku. Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing- masing, siapalah yang nak jaga aku nanti. Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami. Walhal yang jaga kita itu ALLAH. Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri. Berapa ramai juga orang yang saya jump...

MONOLOG

DI SEBALIK tubuh yang berdiri Di sebalik kaki yang melangkah Di sebalik bibir yang mengukir senyuman Di hati tersimpan rasa kosong. Sungguh hijrah itu manis. Sungguh kembali kepada fitrah itu mendamaikan. Pun begitu, bersama hijrah itu KAU hantar ujian untuk menjadi teman setiaku. Satu demi satu ujian mengetuk. Datangnya silih berganti sehingga hati yang teguh mula rapuh. Saat itu hanya KAU yang memahami. Akhirnya aku sedar bersama ujian itu, hadir hadiah bernama HIKMAH. Kekuatan, ketabahan , kecekalan dan kesabaran yang ku pinta kini ada bersamaku. Segalanya lahir dari ujian-MU. Benarlah... kasih-MU berbeza dari kasih manusia yang fana. Cara-MU yang istimewa, membuat aku rasa dihargai. Ujian hati semuanya KAU rangkum menjadi sebuah warkah cinta yang terpahat di jiwa. Kubawa kemana-mana agar ia mampu menjadi pertahanan saat jiwaku mula rasa rebah. Sesungguhnya, KAU uji aku dengan apa yang aku tulis. Aku rasa aku sudah move on, tapi KAU kirimkan ujian untuk mengetahui apakah aku benar-b...

TAZKIRAH PETANG JUMAAT

LAKUKAN apa jua kebaikan demi LILLAHI TAALA. Hati akan rasa lega. Hati akan rasa redha.  Yang terbaik hanya dari ALLAH. Seberat mana ujian dalam hidup, jangan sesekali hilang harapan. Kebahagiaan terletak pada hati. Dan hati pula berada dalam genggaman ALLAH. Hidup ini untuk ALLAH. Ujian datang dari ALLAH, maka penyelesaian juga datang dari DIA. ALLAH datangkan ujian supaya kita kuat. ALLAH tangguhkan sesuatu supaya kita sabar. ALLAH hilangkan sesuatu supaya kita redha. Semuanya penuh dengan hikmah. ALLAH tidak membiarkan hamba-NYA terbeban dengan ujian begitu lama. ALLAH sengaja membiarkan hamba itu mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana di DALAM DOA ITU ADA TAUTAN RASA, HARAPAN DAN IMAN. Hidup ini untuk ALLAH. Dan semua didikan ini juga dari ALLAH yang berjanji dalam firman-NYA: "ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..."  (Surah Al Baqarah #286). 4 JENIS KESIBUKAN DAN PENGAKHIRANNYA - Sesiapa yang sibuk dengan NAFSU SYAHWAT, dia akan ter...

MUTIARA YANG KEMBALI KE SISI ALLAH

MUTIARA paling berharga dari muka bumi dan hidup manusia yang bakal kembali ke sisi ALLAH: 1 - أرفع البركة من الأرض Mutiara pertama yang diambil dari muka bumi ini adalah BARAKAH. 2 - أرفع المحبة من قلوب الخلق Mutiara kedua yang diambil adalah RASA CINTA DARI HATI MAKHLUK. 3 - أرفع الشفقة من قلوب الاقارب Mutiara ketiga yang diambil adalah RASA SAYANG DI KALANGAN KELUARGA. 4 - أرفع العدل من الأمراء Mutiara keempat yang diambil dari adalah KEADILAN DI HATI PEMIMPIN. 5 - أرفع الحياء من النساء Mutiara kelima yang diambil adalah RASA MALU DARI DIRI WANITA. Rasa malu kini telah berubah menjadi rasa bangga. 6 - أرفع الصبر من الفقراء Mutiara keenam yang diambil adalah  KESABARAN PARA FAKIR. 7 - أرفع الورع والزهد من العلماء Mutiara ketujuh yang diambil adalah WARAK DAN ZUHUD PARA AGAMAWAN. 8 - أرفع الصخاء من الا غنياء Mutiara kelapan yang diambil adalah SIFAT KEDERMAWANAN ORANG KAYA. 9 - أرفع القران Mutiara kesembilan yang diambil adalah AL QURAN. 10 - أرفع الا يمان Mutiara terakhir yang di...

PELAJARAN DI SETIAP SUDUT KEHIDUPAN

KETIKA jalan di hadapan semakin sukar, cabaran pula semakin tegar, berhenti sebentar dan ingatlah ALLAH itu Maha Besar.  Pohonlah petunjuk agar jalan tidak tersasar. Bertahan, kuatkan hati untuk menumpang pedih. Kuatkan jiwa saat berlabuh untuk ciptakan teguh. Langit mana tidak bergulung mendung dan mengurai hujan.  Jiwa mana tidak tersadung dan rebah dilambung payah. Hidup mana tidak diusik musibah.  Iman, kadang tergugat dan naluri kadang diuji penat dan serba tidak kena. Ketika kegusaran ini, apakah yang perlu kita miliki? Jawapannya adalah KASIH SAYANG ILAHI.  Bila saat sukar itu datang, menghadaplah ke arah qiblat. Perbanyakkanlah istighfar kepada-NYA dan katakanlah pada hati sendiri bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kehendak ALLAH dan telah diaturkan-NYA sedemikian rupa. Maka berlapanglah dada dan kembali bersangka baik. Sesungguhnya ALLAH Maha Tahu dan Maha Mengerti. Di sepanjang tapak-tapak bertatih, menggagahi hidup yang jerih, terkadang onak dan duri ...

DOA SELAMAT DARI MATI MENDADAK

CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP.  Di riwayat kan dari Rasulullah S.A.W., bahwasanya ALLAH S.W.T berfirman: *Wahai (Kekasihku) Muhammad, tidak ada seorang pun dari ummatmu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemuliaan dan keagungan-KU. AKU akan menjamin untuknya tujuh perkara *1*: AKU akan angkat kefakiran darinya. *2*: AKU akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir. *3*: AKU akan tuntun jalannya di Sirat. *4*: AKU akan menjaganya dari kematian mendadak. *5*: AKU akan haramkan neraka atasnya. *6*: AKU akan menjaganya dari himpitan kubur. *7*: AKU akan melindunginya dari kemurkaan raja yang jahat dan zalim. BERIKUT INI DO'ANYA لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ *Laa ilaaha illallahul jaliilul jabbaar,* لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار *Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar,* ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار *Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar,* لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال *Laa ...

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KISAH HIDANGAN SI ISTERI

MAK saya suka memasak tapi dia bukan suri rumah. Dia seorang engineer.  Pada satu malam, mak balik dalam keadaan sangat penat tapi masih perlu memasak untuk saya dan ayah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. Ketiga-tiga hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah sedang duduk goyang kaki menunggu makan. Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya cuba merasa hidangan mak. Alamak! Ayam kunyit terlampau masin, kailan separuh masak dan nasi hangit. Tapi saya diam sahaja. Selepas Isyak, ayah makan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanyakan saya tentang hal sekolah. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya pada masa itu. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap, sayang. Abang suka semua hidangan ini.” Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya sama ada betul ayah suka masakan mak yang saya sendiri rasa susah hendak t...

APA ADA DI DALAM KUBUR

Diperlihatkan Neraka Jahanam النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا “Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang.” (Ghafir: 46) Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدَهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ، إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Sesungguhnya apabila salah seorang di antara kalian mati maka akan ditampakkan kepadanya tempat tinggalnya pada waktu pagi dan petang. Bila dia termasuk calon penghuni syurga, maka ditampakkan kepadanya syurga. Bila dia termasuk calon penghuni neraka maka ditampakkan kepadanya neraka, dikatakan kepadanya: ‘Ini tempat tinggalmu hingga ALLAH Subhanahu wa Ta’ala membangkitkanmu pada hari kiamat’.” (Muttafaqun ‘alaih) Dipukul Dengan Besi Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi S...