Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

WAHAI JIWA YANG TENANG

BILA hati gusar dan fikiran dalam kebingungan, apa yang perlu dilakukan? Tambah lagi, dalam kehidupan yang sering bertemu dengan persimpangan yang sukar untuk diambil pilihan. Sudah pastilah ketenangan yang dicari. Panduan dan bimbingan-NYA yang didambakan. Ketenangan pada hakikatnya adalah kurniaan ALLAH ta’ala yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman. Tentang ketenangan ini ALLA Ta’ala berfirman: هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿٤﴾ “DIA yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan ALLAH tentera langit dan bumi dan hanya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Fath ayat 4) As Syeikh Abdurrahman As-Sa’dy rahimahullah berkata, يخبر تعالى عن منته على المؤمنين بإنزال السكينة في قلوبهم، وهي السكون وا...

KEHILANGAN AMALAN

RAMAI yang takut kehilangan!  Tapi kita tetap akan kehilangan.  Apatah lagi kehilangan sebuah amal.  Sebab itu, jangan menganggap remeh kehilangan sebuah amal.  Orang lain boleh baca al Quran, kita tidak! Orang lain boleh berpuasa, kita tidak! Orang lain boleh tahajjud, kita tidak! Orang lain boleh berdhuha, kita tidak! Orang lain boleh berinfaq, kita tidak! Pada hal kita mampu melakukannya tapi kita tidak buat. Mesti ada sesuatu yang menghalangi kita dari melakukan amalan begini. Memang, tidak lain yang menghalangi kita melainkan hanyalah dosa dan maksiat yang kita buat setiap hari. Hati jadi keras. Fikiran jadi serabut. Kelazatan sirna..Itulah kesan dan implikasi maksiat. Maksiat mata. Maksiat telinga. Maksiat kaki. Maksiat tangan dan anggota lainnya. Semakin kita biarkan dosa dan maksiat kita, semakin jauh kita terhalang untuk melakukan kebaikan. Jangan biarkan futur menguasai diri. Kelak kita akan banyak kehilangan amal amal dan waktu tidak akan menunggu kita dan...

DOSA UMAT MANUSIA

BILA Makkah dan Madinah menjadi tempat pelancongan untuk selfie dan berbulan madu.  BILA masjid menjadi tempat menerima kekufuran interfaith dan tempat komuniti bersosial, bukan lagi tempat ibadah.  BILA kelab malam, disko, dan kasino menjadi tempat tumpuan. BILA perniagaan melibatkan riba' disenangi.  BILA hak pekerja dan golongan miskin dirampas.  BILA busana patuh syariat ditinggalkan dan fesyen kehendak syaitan dipamerkan di alam maya. BILA ideologi feminisme, liberalisme, LGBT dirangkul dan kebiasaan Kaum Lut berleluasa. BILA berbilion dibazirkan untuk pembinaan taman hiburan sedangkan berbilion manusia sedang kelaparan dan hidup dalam serba kekurangan BILA bacaan Al-Quran diperindahkan tetapi perintah di dalamnya diabaikan.  BILA pencakar langit tumbuh di mana-mana menyaingi binaan kaum Ad dan kaum Thamud dahulukala.  BILA suara penindas dipatuhi tapi jeritan golongan tertindas tidak dipeduli.  BILA manusia sangka Bumi akan terus berputar tenang ...

PERINGATAN BUAT YANG ALPA

PERINGATAN KEPADA DIRI... Bacalah dengan mata dan hati: Jahat atau baiknya kita, solat jangan ditinggalkan. Kita solat bukan sebab kita baik. Kita solat sebab itu adalah perintah. ALLAH menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup dan rezeki bagi hamba-NYA yang solat. NABI s.a.w. tidak kagum dengan pangkat dan kekayaan. Jika tidak, sudah tentu gunung yang hendak ditukarkan menjadi emas tidak ditolak oleh BAGINDA. Orang bekerja selalunya seronok kalau dapat bonus. Itu masa kita masih hidup. Tapi kalau sudah mati, dapat anak tidak tinggal solat dan pandai Al Quran itu bonus. Sedekah dan ilmu yang dikongsi itu juga bonus. Sehebat mana atau sehina mana pun, kita tetap akan mati. Takut atau berani, atau sayang macam mana pada kehidupan ini tetap akan mati. Hakikat hidup di dunia ini adalah kematian di akhirnya. Kematian, sakaratul maut dan alam barzakh itu pasti. Renungkan saat sendirian setelah mati. Nanti lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun. Kita tidak bawa segunung harta, at...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

MAKSIAT

"Wahai anakku, jika nafsumu mengajak untuk berbuat dosa, maka pandanglah ke atasmu dan malulah pada penduduk langit. Jika tidak, pandanglah ke bawahmu dan malulah pada penduduk bumi, maka bila kau tidak takut kepada penduduk langit dan tidak malu kepada penduduk bumi, maka anggaplah dirimu itu dari golongan binatang yang tidak berakal!" JANGAN remehkan maksiat!  Antara kesan-kesan melakukan dosa maksiat: Murka Allah Dalam hadis Qudsi S.W.T berfirman, “AKU ALLAH, tidak ada Tuhan selain-KU. Bila ditaati AKU redha dan bila didurhakai AKU murka. Jika sudah murka, AKU mengutuk dan kutukan-KU bisa sampai tujuh keturunan ” Kebencian orang-orang yang beriman Imam As Syafie berkata, “Berhati-hatilah jangan sampai di antara kalian ada yang dikutuk orang-orang yang beriman, tetapi ia sendiri tidak sedar. “ Lalu orang bertanya kepadanya, “Bagaimana itu bisa terjadi ? ” Beliau menjawab, “Ia melakukan maksiat kepada ALLAH, lalu ALLAH membuat hati orang-orang beriman benci kepadanya. ” Alla...

RABIATUL ADAWIYAH

"AKU mencintai Tuhan bukan kerana takut akan neraka, dan bukan juga kerana inginkan syurga. Aku mencintai-NYA hanya kerana diri-NYA semata.” (Rabi’atul Adawiyah) SERBA SEDIKIT TENTANG TASSWWUF / SUFI Munculnya Tasawwuf dalam Islam disandarkan dengan kelahiran agama Islam itu sendiri, iaitu semenjak Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Rasul seluruh alam semesta. Sejarah menceritakan bagaimana peribadi Baginda sebelum diangkat menjadi Rasul telah berulangkali melakukan Tahannuts dan Khalwat di Gua Hira, iaitu mengasingkan diri dari kehidupan keduniaan.  Baginda juga berusaha mencari jalan untuk membersihkan hati dan menyucikan jiwanya dari dosa yang menyelubungi masyarakat Arab Jahiliyah di sekitarnya pada waktu itu. Inilah asal usul penamaan Tasawwuf / Sufi. Proses Tazkiyyatun Nafs. adalah  pembersihan hati dan penyucian jiwa dari dosa noda dengan mengasingkan diri daripada dunia dan makhluk. Hanya menyerahkan sepenuh hati, setiap hembusan nafas dan kerdipan mata pada Rabbul ‘Alam...

SAKARATUL MAUT

DI ANTARA saat yang paling ditakuti ialah saat Sakaratul Maut. Ketika nyawa di kerongkong sebelum dicabut keluar oleh malaikat Izrail. Inilah saat penentu nasib kita di akhirat. Seperti amal ibadah yang dikira di penghujung, sama ada ikhlas atau tidak, begitu juga dengan kehidupan kita, dikira pada penghujungnya. Di saat akhir inilah Iblis dan Syaitan berusaha habis-habisan untuk menyesatkan manusia. Mereka datang secara gerombolan. Ada syaitan yang datang menyerupai ibu bapa, guru dan sebagainya. Ada syaitan yang datang menyerupai benda yang kita sayang dan menyerupai benda yang kita benci. Sasaran utama syaitan ialah "supaya Anak Adam mati dalam keadaan tercabut iman (tidak membawa iman)"  Keadaan ketika Sakaratul Maut amat mengerikan. Di antaranya dibuka hijab hingga orang yang hampir mati itu dapat melihat alam ghaib, dapat melihat seluruh amalan waktu dia hidup dan dapat melihat nasibnya di akhirat nanti. Mati dalam beriman serta dapat mengucap "Laaa ilaaha illallah...

TERBANG TINGGI

AL KISAH seorang Raja mendapat hadiah 2 ekor anak burung helang. Lalu baginda berfikir, tentu bagus jika helang itu dilatih untuk terbang tinggi. Baginda memanggil pelatih burung yang tersohor di negerinya untuk melatih 2 helang ini. Setelah beberapa bulan, pelatih burung ini melaporkan, seekor helang telah terbang tinggi dan melayang-layang di angkasa. Namun  seekor lagi tidak beranjak dari pohonnya. Raja pun memanggil semua pakar haiwan untuk memeriksa helang kesayangannya namun tidak ada yang berhasil menyembuhkannya. Berbagai usaha dilakukan, tetapi helang enggan bergerak dari dahannya. Raja kemudiannya meminta bantuan seorang petani yang sangat faham akan sifat helang.  Keesokan harinya ketika Raja mengunjungi helang tersebut, baginda terkejut melihat helang itu sudah terbang tinggi. Raja bertanya kepada petani, apa yang dia lakukan. Petani menjawab, "Patik hanya memotong dahan tempat ia bertenggek. Dahan itu membuatnya rasa SELESA hingga MALAS untuk terbang." Kita dilah...

TAUBAT SI PENDOSA

WAHAI diriku, jangan berputus asa. Perhatikanlah nasihat Sang Guru: Penyesalan adalah anugerah dari ALLAH سبحانه وتعالى. Penyesalan yang dirasai dalam diri, kerana lemahnya diri ketika menghadapi ujian ALLAH سبحانه وتعالى. Kemudian ingin kembali kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Dan kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada ALLAH. Ini menandakan iman kamu masih kuat di hati kamu. Kamu rasa yang kamu pemaksiat atau pendosa. Tapi kamu masih ingat kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Dan kamu masih ingin kembali kepada-NYA. Ketahuilah, selama mana kamu menyintai ALLAH سبحانه وتعالى , sesungguhnya ALLAH juga mencintai kamu. Demi ALLAH, jika ALLAH tidak mencintai kamu, DIA tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu PERASAAN KEPEDIHAN DAN KESEDIHAN... 'Wahai Tuhan, aku sudah  melakukan kesalahan.' Perkara yang lebih bahaya dari maksiat adalah terus-menerus melakukan maksiat. Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidaklah mereka dipanggil sebagai orang yang terus mene...

HENDAK BAHAGIA BUANG MAZMUMAH

HATI tidak mungkin bahagia jika sifat-sifat buruk bersarang dalam dada. Antaranya adalah: 1. Pemarah / Panas Baran Sifat ini mudah dikesan, dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Hatinya tidak tenang. Marahnya boleh meruap dalam segala hal kecil mahupun besar hingga tidak nampak jalan penyelesaian.  2. Pendendam Sifat dendam ini tersembunyi, ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Dia sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun, seperti sengaja menyakitkan hati atau menempelak orang yang didendami.  3. Hasad dengki Amalan penghasad hangus akibat sifat dengkinya. 4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain inginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara yang ada pada dirinya. Disebabkan itu dia sentiasa memberi bermacam jenis dalih, contohnya dengan mengatakan dia tidak ada duit.  5. Tamak Tidak puas dengan yang sedikit dan tidak akan puas juga dengan yang banyak, ibarat minum air laut. Walau berapa banyak pun y...

MUHASABAH

SETIAP hari sebelum tidur tanyalah pada diri kita sendiri: "Andai aku meninggal dunia, macam mana aku nak berhadapan dengan kubur yang gelap?" "Andai aku meninggal dunia, sempatkah aku bersolat taubat kepada-NYA?" "Andai aku meninggal dunia, mampukah aku mengangkat muka di hadapan-NYA?" "Andai aku meninggal dunia, sempatkah aku buang semua gambar tidak patuh syariah di media sosial?" "Andai aku meninggal dunia, sempatkah aku memaafkan semua orang seikhlas hati?" "Andai aku meninggal dunia, sempatkah aku membayar hutang-hutang kepada manusia dan kepada ALLAH?" "Andai aku meninggal dunia, adakah Al-Quran akan menjadi penemanku dalam kegelapan di alam barzakh?" "Andai aku meninggal dunia, sempatkah aku menggunakan dunia sebagai jambatan kebaikan buatku menuju akhirat?" Jika hari ini kita masih boleh berbicara, maka bicaralah yang baik-baik. Jika hari ini kita masih boleh bersenda gurau, maka berguraulah dengan...

DEBAT SYURGA-NERAKA

HADIS riwayat Abu Hurairah r.a. dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Neraka dan syurga saling berdebat, lalu neraka berkata, 'Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong.' Syurga berkata, 'Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin.' Lalu ALLAH berfirman kepada Neraka, 'Kamu adalah seksa-KU, AKU menyeksa denganmu siapa yang AKU kehendaki.' (Atau ALLAH berFirman? AKU menimpakan bencana denganmu siapa yang Aku kehendaki).' Dan ALLAH berfirman kepada Syurga, 'Kamu adalah rahmat-KU. AKU limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang AKU kehendaki.' Dan masing-masing kamu memiliki penghuni sampai penuh." (HR Muslim No. 5081). Ternyata ALLAH tidak suka perdebatan. Sikap suka berkeras bakal mengakibatkan perpecahan dan kehancuran. Bila ada perselisihan pendapat, jalan terbaik ialah perbincangan. Jika masih tiada kata sepakat, berlapang dadalah. Perbezaan itulah keindahan dalam kepelbagaian. Umpama bunga yang bermacam...

BERPINDAHLAH

ANDAI Rabb bertanya, "Tidak malukah kamu, ketika melakukan maksiat pada-KU, kamu hanya sembunyikan aibmu itu di hadapan makhluk-KU, sedangkan kamu melakukannya di hadapan-KU?" SubhanALLAH! Ketika itu kitalah manusia paling hina disebabkan dosa-dosa maksiat kita kepada-NYA. Semakin dunia masuk ke dalam hati, semakin jauhlah ALLAH dari hati. Ingatlah ALLAH setiap kali kita melakukan apa jua dosa. Ingat merupakan satu hidayah bagi hamba ALLAH yang beriman. Ingatlah pada ALLAH walau di mana pun kita berada. Akuilah segala kesalahan itu dengan jujur kerana Allah bersifat pengampun. "Siapa yang merasa bahagia dengan ibadah yang dia kerjakan, dan merasa sedih kerana maksiat yang dia lakukan, maka itulah mukmin." (HR. Ahmad, 115, Tirmidzi, 2318)      Berpindahlah dari akhlak yang buruk kepada akhlak yang lebih baik.  Berpindahlah dari berbuat dosa dan cari keampunan-Nya. Berpindahlah dari sikap yang menyusahkan orang lain menjadi lebih berdikari. Berpindahlah dari kegelisah...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...