Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. Dosa mengumpat sangat berat.. [ Al-Hujurat, ayat 6 - 1

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh m

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p

HAMBA TAK BOLEH BANGGA DIRI

TIDAK WAJAR BAGI SEORANG HAMBA MEMPUNYAI SIFAT BANGGA DIRI Ketahuilah sikap membesarkan diri itu adalah apabila seseorang itu melihat dirinya lebih daripada orang lain pada sifat kesempurnaan dan dia melihat orang lain lebih hina daripadanya. Jauhilah sikap membesarkan diri ini kerana ia sebahagian daripada segala sifat tercela yang ada di dalam hati dan sebesar-besar maksiat yang tersembunyi. Firman ALLAH yang bermaksud : "Maka (neraka jahanam) Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang menyombong diri"  (Az Zumar ayat 72) Maka sebagai hamba kita wajib menjauhkan sikap membesarkan diri ini kerana sikap ini hanya milik ALLAH. Dalam Hadis Qudsi RasuLluLlah S.A.W bersabda : ALLAH S.W.T berfirman : Ketinggian itu selendang-KU dan kebesaran itu adalah kain-KU. Maka barangsiapa yang mencabut dan merebut pad-KU satu daripada kedua-duanya nescaya AKU akan campakkan dia ke dalam api neraka jahanam dan AKU tidak peduli, (Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, Abu Daud dan Ibnu Ma

NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFIE

*Barang siapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.* *Barang siapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.* *Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.* *Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad S.A.W kerana dia kekasih ALLAH S.W.T dan cintailah ALLAH S.W.T, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh.* *Apa saja yang menjadi rezekiku, tidak akan luput dariku, walau berada di dasar lautan yang paling dalam.* *Jika tidak boleh taat, jangan kau bunuh imanmu dengan maksiat.* *Jika kamu tidak mampu membantu Agamamu, setidaknya jangan berdiri dibarisan perosak Agamamu.* *Segala kebaikan Dunia dan Akhirat terhimpun pada lima perkara: 1- Kaya diri. 2- Menahan diri daripada segala kezaliman. 3- Mengusaha yang halal. 4- Pakaian Taqwa. 5- Tenang hati dengan Allah SWT p

PERINGATAN BUAT KENANGAN

DEAR FRIENDS Think about the positives in your life as soon as you wake up. You may have a long day ahead, but positive thinking will set you straight. One day you will realize that material things mean nothing. All that matters is the well-being of the people in your life. Everybody has gone through something that has changed them in a way that they could never go back to the person they once were. Use this as motivation to keep going, keep trying and understand your time is coming. Mistakes make us human. Failures help us grow. Hope keeps us going. And love is the reason we're alive. Keep learning, loving, and living Be positive and trust the timing of everything. Just because it’s not happening right now doesn’t mean it never will. Stay patient, stay humble and remember when it's meant to be it will be. Life is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how we care in the beginning, but how much we care till the very end. Wanita per

JANGAN ANGGAP DIRI LEBIH SUCI

ABU YAZID AL BUSTHAMI adalah seorang Syekh atau Pemimpin Kaum Sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu sangat berharga dari seekor anjing jalanan.  Abu Yazid Al-Busthami yang suka berjalan sendirian waktu malam telah melihat seekor anjing berjalan ke arahnya. Ketika sudah hampir mendekati, Al-Busthami mengangkat jubahnya sebab khuatir tersentuh si anjing yang katanya najis.  Spontan anjing itu berhenti dan terus memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar seakan anjing itu berkata kepadanya, "Hai Syekh, tubuhku kering dan tidak akan menyebabkan najis padamu. Kalaupun kau merasa terkena najis, kau cuma kena basuh 7 kali dengan air dan tanah, maka najis itu akan hilang. Tapi jika kau angkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju dan berbadan Manusia itu merasa lebih mulia, dan menganggap aku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu "Tidak akan bersih walaupun kau membasuhnya dengan air 7 lautan!" Abu Y

MUKHSININ

Bismillahirrahmanirrahim Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam. Kurniakanlah kepada kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Rahmati dan berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat serta masukkanlah kami ke dalam syurga-MU. Aamiin.. Ya ALLAH وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْ "Dan segeralah kamu kepada mendapat keampunan dari Tuhanmu, dan Syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang MENDERMAKAN HARTANYA pada masa senang dan susah, dan orang yang MENAHAN KEMARAHANNYA, dan orang yang MEMAAFKAN (kesalahan) orang. Dan Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu MEMOHON AMPUN terhadap dosa-dosa mereka, d

MASUKKAN AKU KE DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT

SUATU ketika, Khalifah ‘Umar al-Khattab RA sedang melakukan tawaf dan dia mendengar seseorang memanjatkan doa: اللهم اجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ القَلِيْل “Ya ALLAH, jadikanlah aku dalam kalangan hambaMu yang sedikit.” Berasa hairan dengan doa itu, selepas tawaf Saidina Umar bertanya kepadanya: “Mengapa kamu berdoa sebegitu rupa? Belum pernah aku mendengar sesuatu seperti itu.” Sahabat itu menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah: وَلَقَدۡ مَكَّنَّٰكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَۗ قَلِيلٗا  مَّا تَشۡكُرُونَ ١٠ "Dan sesungguhnya KAMI telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan KAMI jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu yang bersyukur". (Al A’raf ayat 10). ‘Umar tersentak mendengar jawapan itu, lantas memberi respon, “Sungguh setiap orang lebih faham tentang agama daripada aku.” Saidina Umar menangis.  Sedikit sekali or

JADI PEMBERI BUKAN PENERIMA

SYEIKH SHALIH AL MUGHAMISI menuturkan "Setiap kali kau memperbaiki niatmu, ALLAH akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali kau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, kau akan mendapat kebaikan dari arah yang tidak di sangka-sangk". Dan di saat kau hidup untuk membahagiakan orang lain, ALLAH akan memberikanmu rezeki berupa orang lain yang membahagiakanmu. Maka berusahalah untuk menjadi tangan yang memberi, bukan menerima, kerana setiap kali kau memberi, maka kau akan menerima tanpa meminta sekali pun. (Syaikh Shalih Al mughamisi)

DAKWAH ITU MERANGKUL DAN MENASIHATI

AKHLAK yang baik akan membuatkan kita disenangi, walaupun  kita tidak pandai atau terkenal, seperti mana bunga yang cantik akan disukai, walaupun tidak wangi. Jadikan diri kita seperti hujan. Manusia gembira dengan kedatangannya. Ketika datang ia membawa berkat. Dan ketika pergi, ia meninggalkan manfaat. Bila lama menghilang, manusia merinduinya. Usah terlalu memandang KEBAIKAN yang dilakukan, bimbang diri akan LALAI dengan DOSA yang diSEMBUNYIKAN. Usah terlalu memandang AMALAN yang dikerjakan, bimbang diri akan TERLUPA segala AIB yang ALLAH telah tutupkan. Jika selalu memandang DOSA-DOSA yang ditakutkan, maka ALLAH akan membuatkan kita berlumba-lumba melakukan KEBAIKAN. Tidak mampu beri air manis, beri air kosong. Tidak mampu mengubah, beri perhatian. Tidak mampu menegur, beri senyuman. Berilah banyak-banyak walau yang ada cuma sedikit. Setiap hamba itu ALLAH cipta dengan sebaik-baiknya. Mungkin sifat luaran nampak macam gila-gila, cubalah dekati. Entah-entah hatinya nilai berjuta. Il

MATA HATI

APAKAH BASHIROH (MATA HATI) ITU?  Manusia memiliki 2 alat untuk melihat. Al-Quran menyebutnya Al-Bashor dan Al-Bashiroh. Al-Bashor adalah penglihatan dengan mata. Al-Bashiroh adalah cahaya hati yang bisa melihat hakikat segala sesuatu. Ia tidak tertipu dengan tampilan luar dan dapat melihat hakikat kebaikan atau keburukan di sebaliknya. ALLAH berfirman, وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ -٤٠- “Barangsiapa tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikit pun.” (An-Nur: 40) Bashiroh disebut juga dengan pandangan yang jauh. Ia memandang dengan hati, bukan dengan mata. Ketika seorang buta matanya, maka hilanglah penglihatan dari dirinya. Dan ketika seseorang buta hatinya, maka hilanglah bashiroh dari dirinya. ALLAH berfirman, فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ -٤٦- “Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj: 46) Jika dianalogi

KEKAYAAN SEJATI

ADA seorang miskin bertanya pada Sang Guru Bijak, "Mengapa saya jadi orang yang sangat miskin dan selalu mengalami kesulitan hidup?" Sang Guru menjawab, "Kerana kau tidak pernah berusaha untuk memberi pada orang lain". "Tapi saya tidak punya apapun untuk diberikan pada orang lain." Kata Sang Guru Bijak, "Sebenarnya kau punya banyak untuk diberikan pada orang lain". "Apakah itu, guru?" Sang Guru menjawab: 1. Dengan Mulut yang kau punya, kau boleh berikan senyuman dan pujian. 2. Dengan Mata yang kau punya, engkau boleh memberi tatapan yang lembut. 3. Dengan Telinga yang kau punya, kau bolej beri perhatian untuk mendengar keluh kesah orang di sekelilingmu. 4. Dengan Wajah yang kau punya, kau boleh beri keramahan. 5. Dengan Tangan yang kau punya, kau boleh beri bantuan dan pertolongan pada orang lain dan banyak lagi. Jadi sesungguhnya kau bukanlah miskin, hanya saja kau tidak pernah mahu memberi pada orang lain. Itulah yang menyebabkan oran

ASAL SELAWAT IBRAHIMIAH

KENAPA KITA SEBUT NAMA NABI IBRAHIM DALAM TAHIYAT AKHIR? Pasti ada segelintir umat Islam yang tertanya-tanya, kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. yang disebut bersama Nabi Muhammad S.A.W di dalam tahiyat akhir. Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Setelah ALLAH S.W.T menciptakan Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah 'Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah'.  Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? ALLAH menjawab, Muhammad S.A.W adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia di antara semua (rasul). Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain. Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, "Sesungguhnya ALLAH memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad S.A.W yang tidak diberikan kepadaku, iaitu: 1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat. 2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian ALLAH menjadikan aku t

BERUNTUNGNYA UMAT MUHAMMAD

KALAU kita hidup di zaman Nabi Ibrahim, tentu ramai yang anggap syariat tidak harmoni sebab kena bertegas dengan pemimpin kafir. KALAU kita hidup di zaman Nabi Nuh, tentu ramai yang takkan naik bahtera baginda sebab ia dibina di atas bukit jauh dari laut. KALAU kita hidup di zaman Nabi Musa, tentu ramai yang ikut Firaun kerana dia bapa kemajuan Mesir yang membina menara tinggi, ada kekayaan, menguasai air sungai dan gedung makanan. KALAU kita hidup di zaman Nabi Isa, tentu ramai yang mencaci baginda kerana latar belakang baginda yang mencurigakan. Tapi kita beruntung jadi umat Nabi Muhammad. Umat Nabi lain takkan masuk syurga dulu sebelum umat Nabi Muhammad masuk. Nabi Muhammad S.A.W minta supaya ditangguh segala azab besar yang menimpa kaum terdahulu kepada kita walaupun kita banyak melakukan dosa-dosa kaum terdahulu. KITA syirikkan ALLAH dengan kemewahan dunia, tetapi tidak diazab dengan ribut pasir dan taufan yang dingin seperti kaum Ad zaman nabi Hud. KITA berfoya-foya tidak menjag

NIAT DAN NILAI IBADAH

Sheikh Imran Angullia Al Hafidz mengingatkan kita mengenai niat.  Beliau memulakan hujahnya dengan membawa sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya; setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan." Semua perbuatan yang bermanfaat jika diiringi dengan niat untuk mencari redha ALLAH maka ia akan bernilai ibadah. Sebagai contoh: "Saya makan makanan ini supaya saya dapat kekuatan untuk mengerjakan ibadah yang ALLAH perintahkan." "Saya memakai pakaian ini kerana ia sederhana dan ALLAH sukakan kesederhanaan." "Saya memanggil ibu kerana Syurga berada di bawah telapak kakinya." "Saya ingin berjumpa sahabat saya di hari penghakiman kelak untuk memberitahu dia telah melakukan perkara yang baik." "Saya hendak tidur sekarang supaya saya dapat bangun dan beribadah kepada ALLAH." "Senyuman adalah satu dakwah." "Saya bersenam untuk menjaga tubuh yang telah ALLAH kurniak