Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

SEMBELIH DAN KORBANKAN NAFSUMU

(PERKONGSIAN DARI FACEBOOK) "Bang, cuci cermin?" Ujar pam atendan Petronas padaku. "Oh ok." "Nama siapa?" Tanyaku. "Ibrahim." "Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim." Dia senyum. "Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim. Abang ada korban tahun ini?" "Ada." "Abang bagus."  "Kamu?" Tanyaku. "Ada bang. Tiap tiap tahun." "Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?" "Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap-tiap bulan." "Alhamdulillah." "Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama." Terkedu. Aku diam. Insaf. Aku tenung wajahnya dalam-dalam saat dia selesai mencuci cermin keretaku. Terlihat aku kejernihan,  kesungguhan dan kesolehan yang lekat di wajahnya. Seorang yang bergaji RM 900.00 mencintai nabinya! Kita? Aku letak pam. Hulur RM5.  "Terima kasih, sebab cuci cermin kereta saya dan cuci hat

JANGAN BERHALAKAN DIRI SENDIRI

KITA bangga dapat memiliki apa-apa atau sesiapa. Maka rasa itu menghijab kita dari mengenal DIA. Kita bangga kepakaran kita adalah hasil dari belajar. Maka anggapan itu menghijab kita dari menempuh jalan menuju DIA. Kita bangga kekayaan kita adalah hasil dari usaha. Maka hati kita terhijab dari DIA. Kita bangga pangkat kita adalah hasil dari kebijaksanaan sendiri. Maka minda kita telah terhijab dari DIA. Bila semua rasa bangga itu ada dalam diri, maka Tuhan tidak akan ada bersama dengan kita. Sebab apa? Sebab kita sedang menyembah diri kita sendiri. Diri kita sudah jadi BERHALA! Kita bangga dengan diri sendiri hingga lupa untuk membanggakan DIA yang telah mengurniakan semua nikmat-NYA kepada kita. Allahu. Betapa ujubnya kita!!! 😥 UJUB ialah penyakit hati paling tersembunyi dalam hati yang kagum pada diri sendiri. Berbeza daripada RIYAK yang mana rasa kagum itu dipertontonkan dengan harapan dipuji. Ujub boleh muncul secara senyap setiap masa: ➤ Orang yang rajin beribadah rasa kagum den

CARA BERSEDEKAH YANG KREATIF

10 CARA KREATIF BERSEDEKAH 🌷1 – Letak sabun basuh tangan  Kebanyakan masjid macam kekurangan sabun. Tandas kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, letakkan di masjid yang berhampiran. Insyaa ALLAH ramai yang dapat guna.  🌷2 – Selipar Untuk Masjid Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar dan letak di Masjid.  🌷3 – Simpan Syiling Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap hujung minggu kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekahkan, sama ada ke tabung masjid, atau dengan duit itu kita belikan makanan dan minuman dan sedekahkannya kepada gelandangan.  🌷4 – Berikan Baki Bayaran Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, tapi kita sengaja bagi duit besar RM5, dan minta si peniaga itu simpan saja baki bayaran. Buatlah sekali, lama-lama akan jadi tabiat.  🌷5 – Kain Pelikat & Telekung Sedek

REBUT KEHEBATAN HARI ARAFAH

PESANAN USTAZ Sheikh Abdullah Jahaf semasa majlis taklim beliau untuk dikongsi bersama: Kita dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijjah, paling tidak pun.. pada Hari Arafah/ Hari Wukuf.  Ustaz pesan.. Hari Arafah/ Hari Wukuf jangan lupa.. semampu boleh, dari subuh ke maghrib.. do nothing except beribadah kerana-NYA dengan harapan dosa-dosa kita diampunkan. Dengan harapan kita suci dari segala dosa. Do everything by the book. *It's only 1 day out of 365* Ustaz pesan.. Walau kita bukan berada di Tanah Suci menunaikan rukun kelima, jangan kita merugikan diri. Hati kita perlu hadir bersama mereka yang berjihad menunaikan rukun Islam ke-5. Rujuklah pada Al-Quran Surah Al Fajr.   Ustaz pesan.. Kita kena faham apa Allah SWT bagitahu kita dalam Al Quran. Ustaz pesan.. Pada hari Wukuf, orang di sana memakai ihram.. kita di sini 'ihramkan' LIDAH kita, cakap yang baik baik sahaja. Zikirlah sebanyak mungkin  *لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura

KEMURUNGAN (DEPRESI)

LANGIT tidak selalu cerah, hidup tidak semua indah. Seberat-berat ujian hadapilah dengan senyuman. Semua orang akan berdepan hari tua, dengan syarat ajal belum tiba. Ketika itu semua orang akan jadi matang. Masa itu penyesalan juga akan datang jika masa muda disia-siakan dengan keseronokan duniawi. Betapapun hati ingin kembali ke zaman muda untuk betulkan kesilapan, ia takkan kembali. Bermula umur 45, segala yang di sisi kita semua jelas kelihatan. Itulah yang kita usahakan masa muda! Jangan sia-siakan usia dan masa. Buatlah kerja-kerja ke arah kebaikan, pupuk sifat rajin, adab sopan, maruah dan sifat taat kepada ALLAH. Ingatlah masa tua itu membimbangkan, tapi yang lebih mengerikan ialah saat di kuburan. Ujian hidup ini sesakit dan seberat mana pun berusahalah agar hati tetap rasa bahagia. Bahagia itu kita yang cipta dan  kita yang merasa. Syukuri perkara lain dan lupakan perkara yang menyakitkan. Ingatlah “MALAM GELAP ITU TETAP ADA SIANGNYA.” SURAH-SURAH berikut boleh tenangkan diri,

PENGAJARAN DARI COVID19

PADA tahun 2020, satu dunia diuji. Bersyukurlah jika kita masih punya makanan yang nak dimakan, pakaian yang nak dipakai, kediaman untuk berlindung dan pekerjaan yang halal.  Jangan dicari apa yang kurang. Jangan mencela kenapa ALLAH hantar Covid19. Ia makhluk ALLAH juga. Bila tugasnya selesai, ia akan pulang ke pangkuan ALLAH. Tunggu arahan dari ALLAH  sahaja. Kenapa tahun 2020 kita diuji sebegini? Sebenarnya, bukan tahun ini sahaja. Sebelum ini pun kita sudah diuji bermacam bencana alam. Banjir, tsunami, gempa bumi dan lain-lain, cuma tidak ada wabak besar-besaran seperti covid19. Berlakunya pun secara terkawal di sesuatu tempat sahaja.  Ustaz Dr. Farid Ravi pernah bertanya hal covid19  kepada seorang doktor pakar. Kata pakar itu, wabak ini akan serang 80% penduduk bumi. Itulah misinya. Justeru, berhenti mengeluh kenapa covid19 masih belum lenyap lagi. ALLAH belum beri arahan untuk ia berhenti buat kerjanya. Punca utama wabak ini adalah maksiat dan dosa yang kita lakukan. Bukan sedik

SERIBU KEBAIKAN DIKALAHKAN SATU KESILAPAN

SEORANG Guru menulis di Papan Tulis: 5×1=7 5×2=10 5×3=15 5×4=20 5×5=25 5×6=30 5×7=35 5×8=40 5×9=45 5×10=50 Setelah selesai menulis dia melihat murid-muridnya mulai ketawa. "Mengapa kamu ketawa?" Serentak mereka semua menjawab, "Yang nombor 1 tu salah, Cikgu!" Sejenak Guru menatap muridnya, kemudian tersenyum sambil menjelaskan:  "Saya memang sengaja menulis macam tu supaya kamu semua belajar sesuatu dari ini. Inilah cara dunia buat pada kita. Kamu pun nampak yang saya juga menulis hal yang BETUL sebanyak 9 KALI, tapi tak ada seorang pun dari kamu yang memberi ucapan SELAMAT. Kamu LEBIH CENDERUNG ketawakan saya hanya untuk SATU KESILAPAN."  "Dalam hidup ini jarang orang hargai hal-hal yang baik walaupun mungkin perkara yang baik itu kita dah buat beribu-ribu kali. Yang orang nampak dan kritik ialah kesalahan kita, walaupun kesalahan itu sangat kecil."  Ingatlah kata-kata saya ini: "Orang lebih dikenali dari SATU KESALAHAN yang dia buat, bukan

INDAHNYA REDHA

ALLAH S.W.T. berfirman: "INILAH hari (kiamat) yang padanya (orang yang benar pada tutur kata dan perbuatannya) mendapat manfaat daripada kebenaran mereka. Mereka mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pula redha terhadapNya.Itulah kejayaan yang amat besar." (Surah al-Ma'idah 5: 119) 💛 KEREDHAAN membawa keimanan yang melimpah. Orang yang redha hatinya terangkat hingga ke tempat paling tinggi, yang kemudian mempengaruhi keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar. Kesannya adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku. 💛 KESEMPURNAAN penghambaan diri seseorang terletak pada amalannya dalam hal-hal berat  bersangkutan hukum hakam yang telah ditetapkan ke atas dirinya. Andai dia cuma  mengamalkan hanya sebahagian amalan sahaja menurut citarasa sendiri, tentulah sikap ini sangat jauh dari  penghambaan sebenar kepada ALLAH Taala. Penerapan sikap sabar, tawakal,

MERTUA ... MENANTU

WAHAI lelaki bergelar SUAMI, jika kamu telah menikah, jangan pernah satukan isterimu dengan keluargamu kerana jika kamu tidak boleh bersikap adil terhadap kedua-duanya, maka tanpa disedari kamu boleh jadi anak derhaka dan juga suami yang zalim. Kamu harus sedar bahawa kamu sedang mencipta keluarga baru iaitu kamu dan isterimu, bukan dengan orang tuamu atau orang tuanya. Mereka hanyalah bahagian dari kehidupan baru yang kamu mulai. Wahai ibu mertua, kamu pun harus sedar, ketika anak lelakimu menikah ertinya dia akan menjadi pemimpin dan imam dalam sebuah keluarga baru. Janganlah kamu turut campur kecuali dalam hal-hal kebaikan. Kamu memang ibu bagi anakmu tapi bukan bererti kamu harus turut serta dalam urusan keluarga mereka. Jangan kritik segala kekurangan menantumu kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya.  Jangan pernah mengaku kamu tahu segalanya tentang anak lelakimu. Sesungguhnya kamu  hanya tahu dia sebatas anak, bukan suami dan anakmu pun

NISA YANG DIRINDUI SYURGA

🌸 NISA yang dirindui syurga itu halus tuturnya menggambarkan peribadi yang santun. Kecantikan hatinya laksana kapas tanpa noda. Kesejukan aura jiwanya dihiasi  dengan bingkaian akhlak Islami.  Semakin berwibawa kerana auratnya terhijabi. 🌸Saat wanita lain berpeleseran di mall, menghamburkan wang sebebas-bebasnya, NISA itu mengurung diri dan mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib,  mengembara dalam pencarian jati diri. 🌸Di saat wanita lain leka memilih busana trendi, sibuk memoles tubuh dan wajah, berlumba mempamerkan aurat, NISA itu tampil bersahaja dalam balutan gamis dan kerudung panjang agar tak terjamah pesona kecantikannya di mata nakal lelaki ajnabi. 🌸Di saat wanita lain tertawa penuh euphoria dengan pujaan dan pujian lelaki ajnabi, NISA itu menangis dalam sujud, mendaki taubat dalam bukit tahajud, mengemis ampunan pada Penggenggam nyawanya. 🌸Di saat wanita lain mengidolakan bintang-bintang Hollywood, Bollywood dan KPop, NISA itu mengidolakan Khadijah, Maryam, Asiyah

SOLAT - ANTARA KHUSYUK DAN GANGGUAN

PADA suatu malam seorang lelaki telah pergi menemui IMAM ABU HANIFAH dengan satu persoalan. "Wahai Imam, saya dah lama menanam sejumlah duit di satu tempat, tetapi sekarang saya terlupa di mana tempat itu. Bolehkah tuan bantu saya selesaikan masalah ini?" Jawab IMAM ABU HANIFAH, "Ini bukan kerja seorang faqih. Tetapi adalah lebih baik kamu balik dan bersolat sehingga waktu subuh. In sya Allah kamu akan ingat di mana tempat itu." Maka lelaki itu pun mematuhi saranan Imam. Ketika baru saja bersolat, tiba-tiba dia teringat tempat duit itu ditanam. Lalu dia bergegas ke sana untuk mengeluarkan duitnya. Keesokan paginya dia memberitahu hal itu kepada Imam. Sambil berterima kasih dia bertanya, "Macam mana tuan tahu saya akan dapat ingat tempat itu?" Jawab Imam, " SESUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK AKAN MEMBIARKAN SESEORANG HAMBA ALLAH KHUSYUK DALAM SOLAT. IA AKAN MENYIBUKKAN HATI DENGAN BERMACAM PERKARA termasuk membuat kamu ingat tempat duit itu!!! MELAWAN GANGGUAN

KIFARAH MENGUMPAT DAN TAUBAT DARIPADANYA

MENURUT Imam Annawawi yang dicatatkan di dalam kitab Al-Azkar, setiap orang melakukan dosa. Untuk "kifarah" (tebus) dosanya itu dia mesti bertaubat.  Bagi taubat dosa dengan ALLAH ada tiga rukunnya iaitu berhenti melakukan perbuatan "maksiat" itu dengan segera, berasa menyesal atas perbuatannya, dan berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi dosa sesama manusia seperti perbuatan menceritakan/menyebarkan perbuatan "maksiat" orang lain maka selain tiga rukun tersebut ditambah lagi satu rukun iaitu meminta halal (استحلال ) atau mohon maaf atau "pelepasan" (الابرار) daripada "mangsa".  Sekiranya "mangsa" telah meninggal dunia atau sukar untuk bertemu/bercakap dengannya, para ulama  mengatakan hendaklah perbanyakkan istighfar untuknya serta doa dan perbanyakkan  kebaikan untuknya. Teks asal:    قال العلماء ينبغى أن يكثر من الاستغفار له والدعاء ويكثر من الحسنات  Wallahu a'lam. Maudhu' asal: باب كفارة الغيبة والتوبة منها SUMBER:

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI

LELAKI  1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.  2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.   3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.  4. Suami kena beri nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri, lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau hendak dibayangkan berat dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang l

BUAT BAIK

MANUSIA boleh memberi ketika dia kaya, menyayangi ketika dia tenang, menasihati ketika dia waras,  menghulur ketika duitnya cukup, rasa beruntung ketika kurang ujian menerpa, bersyukur ketika rezeki berlipat ganda. Itulah manusia yang biasa kita nampak.  Tapi ada manusia yang jauh lebih hebat kerana dia boleh memberi ketika dia kekurangan, menyayangi ketika dia kehilangan insan tersayang, menasihat walau hatinya sudah punah, menghulur ketika tiada sedikit pun baki untuk dirinya, rasa beruntung ketika ALLAH masih mengujinya, boleh bersyukur ketika dia dalam kesusahan. Inilah manusia yang jarang dijumpai dan dia memang wujud, tapi wujudnya lebih selesa tidak diketahui manusia lain. Nabi S.A.W bersabda:  "Sungguh pahala besar bersama ujian yang besar. Apabila ALLAH mencintai seseorang DIA memberi ujian kepadanya. Siapa yang redha maka ALLAH redha kepadanya, dan siapa yang murka maka ALLAH murka kepadanya".. ( Sahih Riwayat At- Tirmidzi ) Buat baik dengan orang tidak semestinya o

JADILAH WANITA LIMITED EDITION

CIRI-CIRI WANITA LIMITED EDITION: 1🔸TIDAK TAYANG DIRI🔸 Dia rasa malu hendak muat naik gambar diri sendiri di media sosial. Dia sedar yang kecantikan dia tidak perlu di kongsi di media sosial. 2🔸MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA🔸 Pakai tudung melepasi dada, pakai handsock, stoking. Purdah, niqab itu hanya opsyen, tidak wajib. 3🔸MENJAGA IKHTILAT🔸 Wanita limited edition dia tidak bercampur dengan lelaki tanpa sebab yang syarie. Kalau ada sebab, dia lebih selesa ditemani oleh kawan perempuan. 4🔸MENJAGA TUTUR KATA🔸 Wanita limited edition dia tidak bercakap kotor. Menjaga lidahnya daripada perkara yang sia-sia dan menyakitkan hati: contoh mengumpat, body shaming 5🔸BERDAKWAH🔸 Wanita limited edition, dia by hook of by crook mesti berdakwah.Tidak kisah dalam alam nyata atau medsos. Asalkan dia dapat pengaruhi orang lain untuk buat kebaikan. 6🔸JAGA TINGKAH LAKU🔸 Wanita limited edition sama sekali tidak akan berjoget di Tik tok, tidak akan bergurau dan bagi pickup Line pada lelaki ajnabi.

AYAH DAN IBU MALAIKAT TIDAK BERSAYAP

BERIBU kali kamu sujud, berjuta kali kamu sedekah, berjam-jam kamu berdoa, tetap ALLAH tidak akan terima jika kamu biarkan terlantar sosok IBUmu yang telah berjuang dengan taruhan nyawa saat dia mengandungkan dan melahirkan kamu di muka bumi ini. Berjaga setiap malam hanya demi menjaga tidurmu dan mengelus lembut kepalamu.  Sampai dia sakitpun, dia tetap berusaha keras agar nampak sihat. Dia tidak mahu kamu ikut merasakan sakitnya. Hingga kamu dewasa pun ibu ayahmu masih memperlakukanmu dengan cara yang sama, mendidikmu merawat dan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang untukmu. Sosok AYAHmu telah berjuang hingga nyawanya juga di hujung tanduk ketika  melawan panasnya terik matahari, kerasnya ombak laut, cobaan hidup yang dia alami di luar sana tanpa kamu tahu, demi sesuap nasi untuk anak-anaknya. Dia tetap tersenyum saat berada dihadapanmu agar kamu tidak ikut hanyut dalam kesedihannya, dalam kerasnya perjuangan dia mencari rezeki untuk anak-anaknya.  Akhirnya kamu berjaya dalam hidup, s

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensyukuri nik

HIJAB dan JILBAB

PEMAKAIAN hijab yang huru hara dengan rupa bentuk yang menyanggah norm, adalah talbis iblis.... Tipu daya iblis.... Hijabista ultra tabarruj.... Hijabista menjadi permainan wanita masa kini. Sesuatu yang suci dan lambang taqwa berubah menjadi bahan lawak atas nama "minda terbuka!" Astaghfirullah..... Astaghfirullah.... Hijab milik umat, milik ALLAH. Kini muslimah kita diperbodohkan. "Dan jauhkanlah diri dari orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia." (Q6:70). Mana tudung taqwa, mana tudung nafsu? Jika pemakai tudung berdegil dan kata, “Biarlah, asalkan tutup aurat”, dia harus terima kata-kata “Biar bodoh, asalkan tutup aurat”.... Fesyen bukan kebodohn. Fesyen adalah seni. Dan ALLAH sukakan keindahan seni. Tetapi bukan semua kesenian seni... Jangan hina fesyen dan seni! Jika tudung itu iman dan iman itu Quran, bilakah kali terakhir Quran dibuka untuk menilai cara diri berpakaian? Jilbab dan h